CAMPERS GETAWAY

BB campsite

Campers Getaway menjadi milik semua kaki Camping untuk singgah bermalam, beraktiviti dan saling memahami. Suasana malam yang dingin bertemankan suara deru sungai. Selesa dengan air yang jernih. Memang menjadi destinasi pilihan camping
- mang outdoor

bersedia menerima pengunjung

Tapak Campsite

Tapak Campsite berhadapan dengan sungai yang cukup menyegarkan. Airnya tetap sejuk sepanjang masa dan tidak dalam. Bila tamat musim tengkujuh sungai ini kelihatan seperti dalam gambar. Sesuai untuk anak-anak yang berlarian ditengah-tengah sungai. Pengawasan ibubapa sangat diperlukan.

Parking Ketika Camping

Kenderaan anda boleh berada di sisi tapak khemah. Tidak perlu risau jika bawa banyak barangan atau eksesori untuk camping. Kenderaan anda boleh rapat disebelah tapak khemah anda.

Harga untuk berkhemah

Harga Special sepanjang tahun 2025 hanya RM38.00 untuk satu khemah. Pengunjung mesti bawa khemah sendiri bila camping di sini. Namun pihak pengurusan menguruskan sewaan khemah dengan harga RM30.00 untuk satu khemah bagi satu hari atau satu malam. Khemah sewaan kami hanya untuk kegunaan di BB Campsite sahaja. Tempahan perkhemahan sekolah atau tempahan melebih 30 orang peserta boleh bincang dengan kami untuk penentuan harga. Harga terbaik akan diberi sepanjang tahun 2025 ini. Telefon atau wassap untuk kami hubunggi semula di nombor 011 10946400.

Explore The World

Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan. Berhanyut dari Lubuk Gala di jeram belukar bukit. Terus hanyut sampai ke Campsite. dekat dengan 30 minit juga untuk sampai melalui air. walaupun hanya 5 minit melalui darat. 

Kemudahan-kemudahan yang ada di BB Campsite

BB Campsite lengkap dengan tandas dan bilik mandi. Surau turut didirikan untuk kemudahan semua pengunjung serta kemudahan untuk kaki camping. Pondok memasak turut tersedia untuk kemudahan memasak. 

            Paip air yang disandarkan kepada satu tangki besar mampu menampung pengunjung dan pihak pengurusan sentiasa bersedia untuk mengepam air masuk ke tangki.

   Laluan masuk dari Jalan Tar juga sudah disiapkan dengan pasir sungai kasar. Kini jalan mendap sebati dengan baik dan cukup selesa memandu sampai ke sungai.

   Keseluruhan kawasan berpagar dan sangat selamat bila berkhemah. Namun makanan mesti dijaga sebabnya monyet tetap walaupun tidak sepanjang masa.

         Nanti akan diupdate untuk bilik air dan tandas